Posts

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA MEDIA SOSIAL

Image
PENGENALAN Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas talian (online) yang dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Media sosial juga telah mendapat perhatian setiap peringkat umur masyarakat seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju. Golongan remaja khususnya melihat media sosial sebagai satu trend terkini untuk mengisi aktiviti pada waktu lapang di samping bersosial di alam maya. Ia datang dalam pelbagai format termasuk blog, rangkaian sosial, forum dan dunia maya di mana ia membolehkan pemuatnaikan dan perkongsian karangan, gambar, video, audio dan grafik sesama rakan sepenguna yang boleh memberi maklum balas secara terbuka dalam masa yang lebih cepat dan tidak terhad ruang berbanding media tradisional. Di sebalik banyak kebaikan dalam media sosial yang dilihat pada hari ini, media sosial juga memberikan impak keburukan kepada kita semua. Jika disalahgunakan, ia membinasakan. Hal ini menyebabkan tanggungjawab pengguna media sosial dalam meghada